Kenyataan Media : Serangan Israel di Syria

KENYATAAN MEDIA
 
GABUNGAN SELAMATKAN SYRIA (GSS)
 
Basyar Assad Terdesak, Sanggup Lakukan Apa Sahaja
 
7 FEBRUARI 2013 / 26 RABI’UL AWWAL 1434H
 

Gabungan Selamatkan Syria menganggap serangan Israel terhadap Syria pada 30 Januari lalu sebagai satu tindakbalas terhadap provokasi oleh Basyar Assad untuk mengheret Negara serantau terhadap peperangan yang baru dalam usaha beliau mempertahankan kekuasaan beliau di Syria.

Serangan udara Israel di sebuah pusat penyelidikan di Jamraya, berhampiran ibukota Damsyik menyebabkan kematian 2 orang rakyat Syria dan 5 lagi cedera. Pihak Amerika mengandaikan serangan tersebut adalah untuk mengelakkan penyeludupan senjata antipesawat canggih ke Lubnan untuk kegunaan pejuang Hezbollah.

Namun, hakikatnya serangan ini adalah merupakan satu tindakbalas Israel atas 2 faktor besar yang berlaku di Syria:

1.     Sejak 3 November 2012, 3 buah kereta kebal Syria memasuki Bukit Golan sehingga menimbulkan kemarahan pihak Israel. Ini merupakan kali pertama sejak peperangan Yom Kippur 1973.

2.     Kekhuatiran pihak Israel terhadap senjata kimia Syria jatuh ke tangan Hezbollah atau Al Qaeda.

Strategi ini merupakan satu usaha Basyar Assad untuk mengalih tumpuan dunia terhadap isu kezaliman dan pembunuhan di Syria dengan memprovokasi pihak Israel sehingga mengundang serangan Israel terhadap Syria. Ini menimbulkan ketegangan antara kedua buah Negara dan mengheret Negara serantau untuk masuk campur. Perkara ini telah disuarakan oleh Iran, dan meminta sidang OIC yang akan berlangsung di Mesir melakukan sesuatu yang lebih daripada mengutuk serangan tersebut.

Tidak dinafikan juga serangan rejim Israel merupakan serangan ke atas wilayah-wilayah negara berdaulat dan pelanggaran Israel ke atas Piagam PBB, undang-undang antarabangsa, Terputus Perjanjian Angkatan 1974 dan resolusi yang berkaitan UNSC. Keganasan ini wajar dikutuk dan dihentikan.

Selain itu, provokasi ini telah berlaku juga pada 3 Oktober lalu, seramai lima orang Turki maut dalam serangan mortar oleh Syria di Akcakale, wilayah Hatay. Tentera Turki turut membalas serangan ke beberapa sasaran di Syria. Peristiwa ini juga menjadikan hubungan kedua buah Negara menjadi tegang sehingga timbul spekulasi Perang Turki-Syria. Namun, ianya berjaya dibendung dan Turki berjaya mendapatkan kerjasama NATO bagi menempatkan peluru berpandu Patriot di sempadan mereka.

Sehubungan itu, Gabungan Selamatkan Syria menegaskan bahawa serangan Israel terhadap Syria merupakan satu tindakbalas terhadap provokasi oleh Basyar Assad untuk mengheret Negara serantau terhadap peperangan yang baru dalam usaha beliau mempertahankan kekuasaan beliau di Syria setelah melakukan pembunuhan seramai 65,000 orang rakyatnya sendiri.

Naim Jusri

Pengerusi

Gabungan Selamatkan Syria (GSS)

Latar Belakang Konflik syria

hafez-al-assad-570x352

Hafez al-Assad

 Syria diperintah dalam keadaan ‘darurat’ selepas rampasan kuasa yang dilakukan oleh Parti Ba’ath pada 1963. Ia mula diperintah oleh keluarga Assad semenjak 1970. Penentangan kepada pemerintahan satu parti yang diketuai oleh ayah kepada Bashar Assad iaitu Hafez Assad telah dimulakan oleh Ikhwan Muslimin di Syria. Namun begitu, Hafez Assad telah mengambil tindakan yang ekstrem dalam menangani penentangan tersebut yang membawa kepada peristiwa pembunuhan beramai-rami yang berlaku di Hama pada 1982. Peristiwa tersebut telah menyebabkan hampir 50,000 rakyat Syria menjadi mangsa pembunuhan dan hampir 20,000 orang hilang. Beberapa pembunuhan juga dilaporkan berlaku di daerah lain seperti Tedmur dalam usaha menekan rakyat yang inginkan kebebasan.

Setelah hampir 48 tahun rakyat Syria hidup dalam kekejaman, penindasan, penipuan dan kemiskinan, sekali lagi mereka diuji dengan pembunuhan beramai-ramai dan tanpa peri kemanusiaan pada hari ini. Mengembalikan episod-episod hitam kejadian yang berlaku pada Februari 1982 oleh Hafez Assad. Kejadian bermula apabila 15 orang kanak-kanak sekeluarga berumur di antara 9 sehingga 15 tahun menulis “Kami mahukan kebebasan, kami mahukan demokrasi” di dinding sebuah sekolah yang terletak di Dar’aa pada Mac 2011 lantaran terkesan dengan kebangkitan Negara Arab yang bermula dari Tunisia, Libya dan Mesir. Tindakan mereka menulis slogan di dinding sekolah tersebut telah menyebabkan mereka ditangkap dan diseksa. Kuku tangan dan kaki mereka dicabut. Keluarga mereka datang ingin menuntut semula anak mereka dan apabila melihatkan anak-anak mereka diseksa sedemikian rupa, mereka melakukan protes jalanan dan akhirnya protes ini telah merebak kepada beberapa bahagian seperti Idlib, Halep, Hama, Humus, Banyas dan Lazkiye dan terus membawa kepada kebangkitan rakyat seluruh Syria.

Selama 6 bulan semenjak Mac 2011, rakyat Syria telah menyatakan protes mereka secara aman dan meminta agar kerajaan Syria membuat transformasi pada pemerintahan mereka. Mereka tidak langsung melaungkan slogan untuk menjatuhkan kerajaan mahupun melakukan sebarang keganasan. Mereka melaungkan slogan kebebasan dan kesatuan Syria. Ketika protes telah berkembang dan merebak, Bashar Assad telah membuat satu pengumuman di dalam perhimpunan antarabangsa di Damsyik pada Mac dan April 2011 dengan menyatakan bahawa beliau akan melakukan transformasi dalam beberapa isu antaranya pemberian hak kepada rakyat untuk menubuhkan sebuah badan atau parti-parti selain Parti Ba’ath yang sedang memerintah Syria, pilihanraya yang bebas, mengemaskini peruntukan untuk keadilan social dan melindungi hak-hak minority seperti orang Turki, Kurdish dan orang Arab yang berada di dalam Syria. Namun janji-janji tersebut tidak pernah ditunaikan sebaliknya kerajaan Bashar Assad  telah menggunakan senjata api bagi menentang penunjuk perasaan yang menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mereka yang cedera dan cacat. Ada diantara mereka yang ditangkap dan dipenjarakan.

Bashar al-Assad

Bashar al-Assad

Rakyat Syria terus berhadapan dengan kematian dan juga penangkapan rakan-rakan dan  sanak saudara mereka. Mereka kini telah hilang kepercayaan kepada kemungkinan kerajaan Bashar Assad akan mengubah polisi dan dasar kerajaannya. Protes yang dahulunya aman telah berganti kepada revolusi yang mendokong idea menumbangkan regim Bashar Assad. Semenjak Julai 2011, rakyat Syria dan tentera-tentera yang telah berpaling tadah terpaksa mengangkat senjata untuk mempertahankan diri mereka daripada serangan berterusan regim Bashar Assad.

Selamatkan Syria

Krisis Kemanusiaan dan pertumpahan DARAH di Syria masih tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Masyarakat Malaysia

‘Save Syria’ adalah kempen yang dikelolai oleh Pertubuhan Bantuan Kemanusiaan ABIM dengan kerjasama dari pelajar-pelajar dan penduduk Syria di Malaysia untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Syria yang dalam keadaan yang sangat genting

Kempen ini telah dilancarkan pada 12hb Januari 2012, dirasmikan bersama liputan media di Sekretariat ABIM Pusat di No 6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur

What is “Save Syria”

The human crisis and bloodbath in Syria has NOT been met by appropriate attention and concern.

“Save Syria” is a campaign conducted by humanitarian organization “ABIM” in collaboration with a group of Syrian students in Malaysia to support the Syrian people in their current crisis.

The campaign will be launched on Thursday 12th of January 2012, announced with a press conference at the organization headquarters: No. 6, Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang , 53100 Kuala Lumpur.